KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengesan seorang wanita tempatan untuk membantu siasatan membabitkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, wanita berkenaan dikehendaki untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.