Abd Latiff sah tidak bertanding PRN Johor

Iklan
Abd Latiff

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

Abd Latiff berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau menumpukan sepenuh tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas).

Iklan
Iklan

"Saya akan memberikan sepenuh komitmen dalam membantu gerak kerja parti dan Perikatan Nasional (PN) bagi memastikan kemenangan calon-calon PN nanti.

"Saya juga menyeru kepada semua rakyat Johor agar menunaikan tanggungjawab keluar mengundi dan membuat pilihan bijak terutamanya 700,000 pengundi baharu termasuk 180,000 anak muda berusia 18 hingga 20 tahun yang didaftarkan secara automatik oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor dengan hari penamaan calon dilakukan pada 26 Februari manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Menurut data SPR, seramai 2,597,742 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor kali ini.

Iklan