KUALA LUMPUR - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menerokai inisiatif data raya dalam pelaksanaan Projek Data Exchange MPC bagi memantapkan keupayaan transformasi digitalnya.
MPC dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, inisiatif tersebut bertujuan bagi meningkatkan keupayaannya dalam membuat keputusan berasaskan fakta dan data, pembangunan tenaga kerja tempatan dan sekali gus menyahut keperluan kritikal agenda transformasi negara seperti yang termaktub dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).