SKUAD bawah 23 tahun kebangsaan (B-23), selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja pada 11 pagi (waktu tempatan), bagi mengharungi saingan Piala AFF B-23 2022 yang dijadualkan berlangsung mulai 14 hingga 26 Februari ini.
Skuad kendalian Brad Maloney itu yang berada dalam Kumpulan B bakal memulakan kempen saingan Piala AFF B-23 berdepan Myanmar pada 15 Februari dan Laos, 18 Februari, manakala Indonesia pada 21 Februari.