Guru KAFA cuti bersalin layak terima elaun

Iklan
Guru KAFA wanita yang cuti bersalin akan menerima elaun RM1,000 setiap bulan. Foto Bernama

PUTRAJAYA- Guru wanita Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kini boleh menikmati elaun cuti bersalin berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zakaria Othman memaklumkan, ia selepas Peraturan KAFA Tahun 2022 telah ditambah baik dengan memasukkan perkara 42.1 (a) (iv) berkenaan cuti bersalin dengan elaun.

Iklan
Iklan

"Ia diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuat kuasa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua agensi pelaksana KAFA di negeri-negeri melalui surat siaran bertarikh 9 Februari.

Iklan

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata guru KAFA wanita yang cuti bersalin akan menerima elaun RM1,000 setiap bulan.

Katanya, pembayaran elaun itu adalah usaha kerajaan menjaga kebajikan guru KAFA wanita sepanjang kontrak mereka berkuat kuasa dengan agensi pelaksana KAFA negeri.

Iklan