PBM Selangor sedia jalani ujian RBTag

Iklan
Haniza

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) Selangor menjadi pihak terbaharu yang menyatakan kesediaan untuk memastikan kepimpinan dan ahlinya menjalani ujian psikometrik Rasuah Busters Tag (RBTag).

Pegawai Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Wan Normi Hasan berkata, kesediaan kepimpinan PBM Selangor itu menjadikan mereka sebagai parti politik ketiga selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang sedia melaksanakan ujian tersebut terhadap kepimpinan atau calon pilihan raya parti.

Iklan
Iklan
Wan Normi

"Pada masa sama, kami juga menghubungi (jemputan menjalani ujian RBTag) kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen,” katanya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PBM, Haniza Mohamed Talha berkata, langkah tersebut akan dimulakan di Selangor terlebih dahulu sebelum dipertimbang dilaksanakan terhadap kepimpinan parti di seluruh negara

Iklan

Beliau yang juga ADUN Lembah Jaya berkata, selain mampu meningkatkan integriti calon, ujian tersebut juga dilihat boleh memperbaiki diri pemimpin menjadi lebih baik.

Pada masa sama, Haniza memaklumkan partinya masih belum membuat sebarang ketetapan untuk mewajibkan calon PBM yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk mengambil ujian tersebut.

Iklan

Majlis Tertinggi PBM pada Khamis memutuskan untuk meletakkan calon bertanding di dua kerusi PRN Johor yang akan diadakan pada 12 Mac nanti.

Sementara itu, Felo Penasihat Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) yang juga Pengarah Projek RBTag, Datuk Rosmadi Ghazali berkata, pihaknya akan melaksanakan minimum sebanyak tiga lagi sesi ujian RBTag menjelang PRN Johor.

Katanya, dua sesi tersebut akan diadakan di Johor manakala satu lagi di Shah Alam, Selangor.

"Kita tetapkan minimum 20 orang untuk satu sesi. Kalau jumlahnya ramai, kita akan pertimbangkan untuk besarkan lagi kapasiti atau tambahkan lagi sesi,” ujarnya.