Empat kelab Liga-M rebut Piala SMJ

Iklan
Ollerenshaw

EMPAT pasukan Liga Malaysia (Liga-M) bakal berentap bagi merebut kejuaraan Piala Sabah Maju Jaya (Piala SMJ) 2022 yang akan bermula Sabtu hingga 18 Februari ini.

Kejohanan yang berlangsung Stadium Likas di sini akan disertai Sabah FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Kelantan FC dan Sarawak United FC.

Iklan
Iklan

Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Ollerenshaw berkata, kejohanan itu merupakan langkah proaktif Sabah FC untuk membuat perlawanan pramusim tanpa perlu ke luar negeri mahupun negara yang memerlukan kos tinggi.

"Sudah pasti kita mengharapkan kejohanan seperti ini diteruskan pada masa hadapan sekali gus dapat meningkatkan industri sukan pelancongan di Sabah yang cukup terkenal dengan pelbagai destinasi menarik.

Iklan

"Selain itu, kita mahu memberi peluang kepada peminat bola sepak di Sabah menyaksikan lebih dekat penampilan dan kemampuan para pemain Sabah FC dalam pramusim ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ollerenshaw berkata, kejohanan itu juga sebagai ruang melihat keserasian pemain Sabah FC sekali gus persediaan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia.

Iklan

Piala SMJ akan menggunakan format 'round-robin' di mana setiap pasukan akan bermain tiga perlawanan dan juara akan ditentukan menerusi mata, beza jaringan, jumlah jaringan dan 'fair play'.

Perlawanan pertama akan menemukan Sabah FC dengan Kelantan FC, manakala Kedah Darul Aman FC akan menentang Sarawak United FC.