Gagal kesan ibu, masa depan Nur Alya Azmina Lyana mungkin gelap

Iklan
Noratikah (kanan) berharap dapat mengesan ibu kandung Nur Alya Azmina Lyana bagi membolehkan proses permohonan kad pengenalan berjalan mengikut prosedur ditetapkan.

KOTA BHARU - Masa depan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun mungkin 'gelap' untuk memiliki kad pengenalan yang sah jika dia gagal mengesan ibu kandungnya dalam masa terdekat bagi membolehkan proses permohonan itu berjalan mengikut prosedur ditetapkan kerajaan.

Tugas itu tampak buntu apabila ibu angkat Nur Alya Azmina Lyana Abdullah iaitu Sabariah Deraman meninggal dunia secara mengejut selepas serangan jantung enam tahun lalu.

Iklan
Iklan

Susulan itu, hak penjagaan Nur Alya kini telah diambil alih oleh anak bongsu Sabariah, Noratikah A Halim, 25.

Noratikah berkata, ibu kepada Nur Alya iaitu Stella Dian yang berasal dari Sabah, berketurunan Iban dan beragama Kristian itu tinggal di Kuala Lumpur.

Iklan

"Keluarga mengenali ibu Nur Alya, melalui kakak saya yang bekerja di Kuala Lumpur. Seminggu sebelum bersalin, dia datang ke rumah keluarga saya dan memeluk Islam.

"Kemudiannya, ibu kanak-kanak berkenaan memberitahu dia akan menyerahkan Nur Alya kepada ibu saya," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, selepas selamat melahirkan Nur Alya, wanita berkenaan terus membuat surat beranak dan sejak itu terus hilang tanpa khabar berita sehingga kini.

Noratikah berkata, dia sudah berusaha mengesan ibu Nur Alya, melalui rakan-rakannya yang berada di Kuala Lumpur namun menemui jalan buntu.

"Saya kesian melihat Nur Alya yang belajar di Sekolah Kebangsaan Bechah Keranji, setakat ini tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan yang disalurkan oleh kerajaan.

"Saya juga bimbang, urusan membuat kad pengenalan Nur Alya tidak selesai kerana saya dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) bahawa ia perlu dilakukan oleh ibu kandungnya," katanya.

Noratikah telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu sebagai rujukan.