SHAH ALAM - Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menegaskan pandangan bahawa Barisan Nasional (BN) perlu dikalahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai cara untuk mengalahkan ‘kluster mahkamah’ merupakan satu penghinaan terhadap rakyat dan pengundi di negeri itu.
Malah katanya, sukar untuk beliau memahami logik pemikiran sedemikian.
"Bagaimana mungkin soal kepentingan rakyat dan negeri Johor cuba diperkecilkan dan disempitkan menjadi isu individu serta personaliti tertentu semata-mata.
"Tidak jelas, daripada mana datangnya isu memberi kuasa kepada ‘kluster mahkamah’? Ia tidak lebih dari satu percubaan menyekat kebangkitan rakyat untuk bersama UMNO dan BN.
"Suka saya tegaskan, soal ‘kluster mahkamah’ bukan isu Johor, malah bukan sama sekali isu PRN Johor, Melaka, Sabah, Sarawak atau mana mana negeri. Itu isu individu, persoalan undang-undang dan proses mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.
Annuar berkata, tidak wajar mengheret rakyat Johor ke dalam sengketa peribadi antara individu tertentu.
"Masalah individu dan urusan yang berkaitan undang-undang serta proses mahkamah juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memperjudikan nasib rakyat Johor," ujarnya.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, PRN Johor perlu disambut oleh pengundi dan rakyat demi kemajuan serta kesejahteraan negeri tersebut.
Jelas beliau, BN dan jentera pilihan raya tidak akan mudah tersasar dengan provokasi yang bertubi-tubi.
"UMNO dan BN akan terus memberikan fokus kepada rencana untuk memajukan negeri Johor dan membina keyakinan rakyat berdasarkan 'track record' UMNO dan BN Johor selama ini.
"Rakyat Johor sudah merasai pengalaman dan mengenali semua parti dan personaliti. Sudah pasti atas pengalaman ini, rakyat Johor berupaya membuat penilaian sendiri. Rakyat Johor tidak akan tertipu sekali lagi,” katanya.