Kerajaan pandang serius isu buruh paksa

Iklan
Awang (depan, tengah) bergambar bersama peserta selepas Majlis Penganugerahan Sijil Program EmpowerNCER anjuran Yayasan Petronas dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di Dewan Cenderawasih, Pendang pada Sabtu.

PENDANG - Kerajaan tidak memandang remeh isu buruh paksa walaupun perkara tersebut tidak berlaku secara serius di negara ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim menyifatkan amalan tersebut seharusnya tidak berlaku dan pihak berkaitan perlu mematuhi undang-undang buruh agar isu berkenaan tidak dibangkitkan di peringkat antarabangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha memperkasakan undang-undang melalui pindaan Akta Kerja 1955 yang akan dibaca kali kedua di Parlimen pada Mac ini.

"Kerajaan serius menangani amalan yang tidak sihat ini sehingga dibangkitkan di peringkat antarabangsa.

Iklan

"Sebenarnya ada sedikit masalah teknikal sahaja. Pekerja yang dikatakan buruh paksa ini sebenarnya datang dengan keluarga dan bawa anak-anak. Anak yang di bawah umur ini membantu bapanya bekerja di sektor tertentu, jadi kita perlu pastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi," katanya pada sidang akhbar ditemui di Dewan Cenderawasih dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Sijil Program EmpowerNCER anjuran Yayasan Petronas dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Iklan

Hadir sama, Pengarah Modal Insan NCIA, Shahdee Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Petronas, Shariah Nelly Francis dan Ketua Petronas Wilayah Tengah dan Utara, Zulkifli Othman.

Mengulas lanjut, Awang berkata, isu buruh paksa ini kurang kedengaran semasa musim Covid-19 kerana kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja warga asing seperti dari Indonesia dan Bangladesh.

Katanya, kini timbul pula isu kekurangan pekerja yang sangat kritikal di sektor perladangan dan kerajaan Malaysia bakal mengadakan perbincangan dengan kerajaan Indonesia dan Bangladesh untuk mengatasi masalah tersebut dalam masa terdekat.