RAWANG - Seorang remaja berusia 14 tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah flat di Persiaran Tun Teja 3, Taman Tun Teja di sini pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berada di lokasi kejadian sebelum bomba tiba.
"Sejurus tiba, anggota bomba menemui mayat seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan sudah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.