SPR tingkat inisiatif pendidikan untuk pengundi muda

Iklan
Gambar kecil: Ikmalrudin

[DIKEMASKINI] SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah meningkatkan inisiatifnya tentang pendidikan pengundi ketika sejumlah besar golongan muda dan pengundi baharu dijangka menjadi lebih aktif secara politik selepas rakyat berumur 18 tahun dibenarkan mengundi (Undi18).

Undi 18 adalah pindaan Perlembagaan yang berkuat kuasa pada tahun ini. Ia menurunkan usia pengundian minimum dan umur pencalonan dari 21 hingga 18 tahun dan juga memperkenalkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Iklan
Iklan

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sejak tahun 2017, inisiatif pendidikan pengundi SPR menerusi Akademi Pilihan Raya (APR), telah menubuhkan perkongsian strategik dengan beberapa kementerian melalui pelaksanaan program pendidikan pengundi (VE) untuk memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai proses pilihan raya yang dijalankan di Malaysia.

"Program VE juga menjadi platform yang baik untuk perbincangan interaktif antara para peserta mengenai isu-isu pilihan raya.

Iklan

"Ini secara tidak langsung bertujuan untuk mendidik belia untuk menjadi warga yang lebih bertanggungjawab supaya celik demokratik.

"Sambutan kepada program ini adalah baik dengan kehadiran sejumlah besar peserta pada setiap tahun,” katanya dalam satu jawapan bertulis.

Iklan

Menurut Ikmalrudin, pada tahun 2017, terdapat 31,355 peserta dan jumlah itu naik kepada 69,294 peserta untuk program VE tahun lepas.

Ujarnya, walaupun usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan kesedaran pengundi, namun Covid-19 masih menimbulkan satu cabaran kepada SPR dalam menjalankan jangkauan pendidikan politiknya.

"Untuk bekerja ketika sekatan pandemik sedang berjalan, APR telah beralih secara digital dan memperkenalkan program pendidikan virtual sebagai alternatif kepada inisiatif secara bersemuka sebelum ini,” ujar beliau.

Tambah beliau, penurunan umur pengundian dan pelaksanaan pendaftaran pengundi automatik telah mengakibatkan peningkatan seramai 5.8 juta pengundi baharu dan ia pasti mempunyai kesan langsung terhadap SPR secara umum dan APR khususnya.

"APR juga telah memperkenalkan Program Jurulatih Bersekutu untuk membangunkan dan melatih lebih ramai penceramah dan jurulatih yang berkelayakan untuk membantu APR dalam menyebarkan maklumat mengenai proses pemilihan kepada pelajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta orang awam,” jelasnya.

Kolaborasi Sinar Harian, Sin Chew Daily, The Star dan Astro Awani.

ARTIKEL BERKAITAN:

Undi 18 jadi kuasa penting

Empat media perdana berkolaborasi untuk beri laporan terbaik

Jumlah pengundi perlu sama rata

Strategi tawan hati pengundi muda