Gara-gara bosan, pengawal lukis 'mata' pada karya seni RM4.2 juta

Iklan
'Mata' yang dilukis pada karya Anna Leporskaya berjudul 'Three Figures'. - Foto AP

SEBUAH lukisan bernilai £740,000 (kira-kira RM4.2 juta) rosak selepas seorang pengawal keselamatan melukis 'mata' pada wajah hasil seni itu.

Kejadian berlaku di Balai Seni Lukis Rusia oleh seorang pengawal keselamatan yang baharu mula bekerja di premis berkenaan, memetik laporan Daily Mail.

Iklan
Iklan

Dua biji mata dilukis menggunakan pen mata bulat pada hasil seni Anna Leporskaya yang diberi tajuk 'Three Figures' (1932-1934).

Ia sebahagian daripada hasil karya yang dipamerkan di Pusat Yeltsin.

Iklan

Identiti pengawal keselamatan tersebut tidak didedahkan namun dia dipercayai berusia 60 tahun dan berkhidmat untuk sebuah syarikat keselamatan swasta, kata Pusat Yeltsin dalam satu kenyataan.

Menurut laporan Art Newspaper, 'tambahan' pada lukisan tersebut disedari dua pengunjung pada 7 Disember lepas.

Iklan

Difahamkan pengawal keselamatan itu berasa bosan pada hari pertama bekerja lalu bertindak melukis 'mata' pada hasil karya yang dipinjam oleh Balai Seni Lukis Tretyakov di Moscow.

Susulan kejadian, pengawal keselamatan tersebut dilaporkan telah dipecat.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan untuk perbuatan vandalisme tersebut dan jika sabit kesalahan, suspek berdepan denda sebanyak £395 (RM2,240) serta penjara selama setahun.

Lukisan tersebut berjaya dipulihkan, namun kos pemulihan dianggar berjumlah £2,470 (RM14,000) yang ditanggung syarikat keselamatan terlibat.

Leporskaya merupakan seorang pelukis yang merupakan pelajar artis tersohor Rusia, Kazimir Malevich.

Beliau dilahirkan pada tahun 1900 dan meninggal dunia pada tahun 1982. - Awani