Protes bantah tindakan AS guna AS$3.5 bilion aset Afghanistan

Iklan
Warga Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan mengutuk keputusan Presiden AS Joe Biden, di Kabul, Afghanistan. - Foto AP

PENUNJUK perasaan di Kabul, Afghanistan mengutuk tindakan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyalurkan aset Afghan bernilai AS$3.5 bilion buat ahli keluarga mangsa serangan 11 September (9/11).

Mereka mendakwa, aset tersebut adalah milik rakyat Afghanistan.

Iklan
Iklan

Penunjuk perasaan berkumpul di luar Masjid Eid Gah pada Sabtu, mendesak AS memberi pampasan atas kematian berpuluh ribu rakyat Afghan sepanjang 20 tahun peperangan di negara itu.

Pada Jumaat, Biden menandatangani perintah eksekutif yang menyalurkan aset Afghan bernilai AS$3.5 bilion untuk ahli keluarga mangsa 9/11.

Iklan

Beliau turut menyalurkan AS$3.5 bilion lagi aset Afghan untuk bantuan kemanusiaan melalui dana yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-banga Bersatu (PBB).

Menurut salah seorang peserta protes, Biden tidak mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung aset Afghanistan.

Iklan

Afghanistan mempunyai aset bernilai kira-kira AS$9 bilion di luar negara, termasuk sejumlah AS$7 bilion di Amerika Syarikat.

Selainnya disimpan di Jerman, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Awani