Jentera BN jangan leka dengan kemenangan sebelum ini: Zahid

Iklan
Zahid

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua jentera Barisan Nasional (BN) untuk tidak leka di sebalik kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini.

Beliau berkata, sebaliknya, jadikan kejayaan tersebut sebagai penyuntik semangat seluruh jentera BN untuk bekerja dengan lebih kuat, padu dan bijaksana pada PRN Johor.

Iklan
Iklan

Tambahnya, rakyat Johor juga turut mendambakan kestabilan dan kemakmuran untuk kembali di negeri itu.

"Begitu banyak propaganda dilemparkan terhadap Barisan Nasional (BN) ketika PRN Melaka diadakan. Namun akhirnya BN berjaya jua membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat rakyat negeri itu.

Iklan

"Kisah BN menang besar PRN Melaka pada November 2021 masih segar dalam ingatan semua.

"Tidak boleh ‘overconfident’ (terlebih yakin) BN akan dapat laluan mudah untuk mengembalikan kesejahteraan buat mereka. Bersama kita terus mara ke hadapan demi menebus semula kestabilan dan kemakmuran yang dinodai sejak 9 Mei 2018,” kata Zahir dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Zahid berkata, jentera BN perlu bergerak pada kadar maksimum di Johor kerana demografi yang sedikit berbeza.

Tambah beliau, lebih 700,000 pengundi muda yang akan mengundi antara menjadi tumpuan parti politik bertanding.

"BN tentunya begitu juga walau pengundi lama dan sedia ada tetap menjadi fokus gabungan politik ini. Media baharu dipenuhi gelombang biru BN perlu diteruskan sebagai salah satu pendekatan strategik.

"Kita yakin jentera BN di Johor yang turut dibarisi ramai anak-anak muda akan berjaya melakukannya.

"Selepas segala daya upaya kepada Yang Maha Esa kita berdoa memohon pertolongan dan kemenangan. Insya-ALLAH,” ujarnya.