Bayern tewas mengejut kepada Bochum

Iklan
Joshua Kimmich

PEMAIN tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich menyelar aksi pasukannya selepas tewas mengejut 2-4 kepada pasukan kerdil, Bochum sambil menyifatkan ia sebagai aksi terburuk musim ini.

Pada perlawanan itu, Bayern melepaskan empat gol buat kali kedua musim ini dengan Christopher Antwi-Adjei, Jurgen Locadia, Cristian Gamboa dan Gerrit Holtmann berjaya mencatat nama sebagai penjaring sebelum tamat separuh masa.

Iklan
Iklan

"Aksi ini adalah yang terburuk ditampilkan oleh kami pada musim ini. Kami perlu tanya pada diri sendiri sama ada inikah mentaliti yang perlu ada di Bayern Munich.

"Kami bernasib baik aksi buruk ini berlaku ketika perlawanan di Bundesliga. Apa-apapun kami mempunyai perlawanan Liga Juara-Juara pada Khamis yang perlu diberi tumpuan,"katanya.

Iklan

Untuk rekod, Bayern tidak pernah tewas kepada Bochum sejak 2004 selain berjaya menewaskan kelab itu 7-0 ketika kali terakhir mereka bertemu pada September.

Dalam pada itu, bagi pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann, memuji persembahan yang ditampilkan Bochum ketika menewaskan pasukannya sambil memberitahu akan bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan tersebut.

Iklan

"Sudah tentu, saya juga mengkritik diri sendiri jika idea itu tidak berjalan dengan baik.Bochum mengasak dengan baik, tetapi kami bermain sangat perlahan dan lembap.

"Biasanya, saya perlu menukar sedikit lebih awal pada separuh masa pertama. Selepas pertukaran bahagian, ia lebih baik,"katanya