Isu saham agenda untuk jatuhkan SPRM: Azam Baki

Iklan
Azam Baki

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mendakwa isu saham yang dikaitkan dengan beliau menjadi satu agenda dan serangan direka untuk melemahkan SPRM.

Menurut laporan The Star pada Ahad, Azam berkata, pihak yang mempolemikkan perkara itu mahu menggambarkan jika ketua pesuruhjaya terlibat rasuah, pentadbiran negara tidak ada kawalan, lemah dan rakyat tiada tempat untuk bergantung.

Iklan
Iklan

Tambahnya, isu tersebut terlalu banyak dipolitikkan dan merupakan satu perkara yang malang dan tidak berlaku kepada mana-mana penjawat awam kanan yang lain.

Katanya, sebelum sebarang penyiasatan dibuat, orang ramai telah pun membuat penghakiman mereka.

Iklan

"Apabila Suruhanjaya Sekuriti (SC) memaklumkan penemuan siasatannya dan menjelaskan isu itu, terdapat mereka yang enggan menerima keputusannya.

"Inilah harga yang perlu saya tanggung sebagai ketua pihak berkuasa anti rasuah. Episod ini telah menjadi pengajaran pahit untuk saya.

Iklan

"Saya mendapati diri mempunyai ramai musuh tetapi dalam masa sama ramai kawan dan mereka yang menyokong saya,” katanya pada Ahad.

Mengulas lanjut, Azam berkata, episod tersebut juga menguatkan semangat beliau untuk menjalankan tanggungjawab dan mandat SPRM.

"Saya tidak akan takut dengan tekanan luar ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azam berkata, pihak berkuasa tertinggi SC telah membuat siasatan menyeluruh kes tersebut dan mendapati bahawa beliau tidak melanggar sebarang undang-undang.

Menurutnya, pihak tersebut telah memberi penjelasan sebanyak dua kali melalui kenyataan pada 18 dan 19 Januari lalu.

" Apabila enam ahli panel penasihat pencegahan rasuah mencadangkan perkara ini dibawa ke jawatankuasa bebas atau badan lain, saya bersetuju dan secara sukarela menyerahkan proses ini tanpa sebarang kekerasan atau tekanan.

"Saya tidak mempunyai isu sama sekali tentang ini. Saya mahu telus, oleh itu saya bekerjasama dengan siasatan SC, pihak polis dan panel penasihat.

"Saya juga telah berjumpa dengan pengerusi Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah, Tan Sri Rais Yatim dan membentangkan kes saya kepadanya.

"Saya juga telah memberi kerjasama dan mengambil bahagian dalam siasatan yang dimulakan oleh Jawatankuasa Aduan SPRM sendiri tanpa sebarang arahan daripada saya.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa tiada laporan salah laku yang dibuat terhadap saya pada ketika itu,” jelasnya.

Selain itu, Azam juga bersetuju sekiranya jawatankuasa tersebut merujuk kesnya kepada Ketua Setiausaha Negara jika pihak itu mahu berbuat demikian dan tidak pernah campur tangan dalam proses tersebut.

"Saya percaya bahawa mereka harus diberi kebebasan untuk menjalankan siasatan.

"Saya sentiasa berlaku adil dan telus namun masih ada yang tidak berpuas hati.

"Saya percaya telah melakukan bahagian saya dan dengan ikhlas menggesa semua pihak untuk mempercayai proses dijalankan serta pihak berkuasa yang sedang menjalankan tugas mereka meneliti perkara itu,” katanya.