Walau tewas, Palmeiras pamer aksi terpuji

Iklan
Ferreira - Foto jornal de Basillia

BIARPUN tewas 1-2 kepada Chelsea pada aksi Piala Kelab Dunia pada Ahad, pengendali Palmeiras, Abel Ferreira tetap bangga dengan aksi skuad kendaliannya yang dilihat telah mempamerkan aksi terpuji sepanjang perlawanan.

Menurut Ferreira, skuad Alviverde itu telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan dan hanya tewas menerusi sepakan penalti yang dijaringkan penyerang The Blues, Kai Havertz pada masa tambahan.

Iklan
Iklan

"Kami berjaya bangkit walau ketinggalan pada perlawanan ini. malah kami juga berjaya menyaingi kehebatan pemain-pemain terkemuka Chelsea.

"Selain berjaya menyamakan kedudukan bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan, kami juga berjaya memberikan tekanan kepada mereka selama 90 minit.

Iklan

"Perkara-perkara seperti inilah yan gmembuatkan saya berbangga dengan pemain-pemain Palmeiras,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Chelsea membuka jaringan menerusi tandukan Romelu Lukaku pada minit ke-55 sebelum Raphael Veiga menyamakan kedudukan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-64 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Iklan

Pada masa tambahan, penyerang The Blues, Kai Havertz menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-117 bagi memastikan kemenangan.

Di penghujung perlawanan, pertahanan Palmeiras, Luan Garcia dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan setelah didapati melakukan kekasaran terhadap Havertz.

Sementara itu Ferreira turut gembira kerana kejayaan muncul selaku naib juara kali ini sekurang-kurangnya telah berjaya memperbaiki pencapaian Palmeiras yang menduduki tempat keempat bagi saingan Piala Kelab Dunia tahun lalu.

"Saya tak mahu bercakap mengenai keputusan perlawanan. Semua orang tahu, Palmeiras tewas, namun kami berjaya memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila menduduki tempat keempat.

"Apa pun, tahniah kepada Chelsea kerana muncul juara bagi saingan Piala Kelab Dunia kali ini,” katanya.