KUALA KANGSAR - Kegiatan ajaran sesat yang dikenal pasti bertapak di Muallim dipercayai dibawa oleh pihak luar.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kumpulan terbabit dipercayai bergerak dari negara jiran sebelum membuat penempatan di sebuah kawasan di daerah itu bagi menyebarkan ajaran yang menyalahi akidah.