PM mahu radio terus sebar informasi terkini

Iklan
Perkongsian Ismail Sabri di Facebooknya sempena Hari Radio Sedunia.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersempena dengan Hari Radio Sedunia yang disambut pada 13 Februari setiap tahun, mahukan stesen radio di negara ini terus memainkan peranan dalam menyebarkan informasi terkini.

Beliau yakin radio yang menjadi keperluan dalam kehidupan masa kini akan terus relevan di masa hadapan.

Iklan
Iklan

Mengimbau dari sudut sejarah, Ismail Sabri berkata, Malaysia merupakan antara negara kolonial British terawal menggunakan teknologi radio.

"Malah, pada pra dan pascamerdeka juga, radio menjadi medium penting untuk rakyat mendapatkan maklumat semasa pada masa itu dan melalui radio juga kita mengumpulkan semangat-semangat pejuang dalam mempertahankan tanah air.

Iklan

"Kini, radio menjadi nadi aspirasi di kala pagi, peneman di kala tengah hari dan hiburan di kala petang, saat Keluarga Malaysia memandu pulang, radio juga menjadi rakan yang akrab disisi,” katanya dalam catatan di Facebooknya pada Ahad.

Sambutan Hari Radio Sedunia mula dianjurkan atas inisiatif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2012, bagi mengiktiraf sumbangan dan peranan radio.

Iklan

Tema ‘Radio dan Keyakinan’ dipilih pada tahun ini yang diperincikan kepada tiga sub tema iaitu kebolehpercayaan dalam kewartawanan radio, kebolehpercayaan dan kebolehaksesan serta kebolehpercayaan dan daya maju stesen radio. - Bernama