KLANG - Identiti mayat lelaki reput yang ditemui terapung berhampiran Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 di sini pada Sabtu masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata siasatan berhubung perkara tersebut masih lagi dijalankan.
Iklan
Iklan
"Identiti mayat lelaki berkenaan belum dapat dikenalpasti, bedah siasat akan dijalankan selepas laporan saringan Covid-19 dijalankan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan ketika ini kes masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, suasana gempar di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 di sini apabila satu mayat lelaki ditemukan dalam keadaan terapung berhampiran sungai di sini oleh nelayan.
Ketua Nelayan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 Satarudin Kamal, 54, berkata mayat dalam keadaan reput tersebut ditemui kira-kira jam 10.50 pagi.