JAKARTA - 11 orang maut selepas dihanyutkan ombak besar ke laut dari pantai selatan wilayah Jawa Timur Indonesia pada Ahad, lapor Agensi Berita Xinhua memetik seorang pegawai pengurusan bencana tempatan.
Kemalangan berlaku kira-kira 12:25 pagi waktu tempatan, Ahad, ketika 23 individu sedang melakukan upacara adat di pantai Payangan di daerah Jember, kata Ketua Unit Operasi Badan Pengurusan dan Mitigasi Bencana Jawa Timur Budi Santosa.