Ismail Sabri adakan lawatan rasmi pertama ke Brunei mulai 14 Februari

Iklan
Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Bandar Seri Begawan bermula 14 hingga 15 Februari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan kedua-dua pemimpin akan mengambil peluang menilai kemajuan kerjasama yang sedang berjalan di samping mengukuhkan lagi hubungan pasca Covid-19 yang memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Iklan
Iklan

"Ini termasuk perbincangan mengenai cadangan pewujudan aturan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Brunei, kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan dan cadangan ke arah pengukuhan kerjasama ekonomi.

"Pertemuan ini akan disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang akan dihoskan oleh Paduka Seri Baginda Sultan Brunei. Perdana Menteri juga akan menghadiri sesi pertemuan bersama diaspora Malaysia di Bandar Seri Begawan,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Iklan

Menurutnya, Katanya, Ismail Sabri akan diiringi oleh isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

"Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Iklan

"Lawatan ini dirancang dan dikendalikan berdasarkan tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Brunei Darussalam,” katanya.