Pemimpin BN dikenakan kompaun

Iklan
Khairy melalui ciapan di Twitternya memaklumkan kompaun itu akan dikeluarkan di bawah Akta 342.

SHAH ALAM - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Ahad mengarahkan Pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menghadiri Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity, Kota Iskandar.

Khairy melalui ciapan di Twitternya memaklumkan kompaun itu akan dikeluarkan kepada Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad; Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan pemimpin utama serta penganjur majlis berkenaan di bawah Akta 342.

Iklan
Iklan

"Saya telah mengarahkan pegawai @KKMPutrajaya untuk keluarkan kompaun kepada DS Hishammuddin, DS Hasni, TS Vigneswaran, pemimpin utama yang hadir dan penganjur di bawah Akta 342.

"@KKMPutrajaya akan terus pantau SOP sempena PRN Johor,” katanya.

Iklan

Media sebelum itu melaporkan bahawa pemimpin utama BN itu menghadiri Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di EduCity, Kota Iskandar.

Iklan