Vigneswaran akur dikompaun langgar SOP

Iklan
Vigneswaran

ISKANDAR PUTERI - Presiden MIC, Tan Sri S Vigneswaran akur dengan tindakan kompaun yang dikenakan kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP) pada Majlis Pelancaran Briged MIC Johor pada Ahad di sini

Vigneswaran berkata, tindakan itu tidak dijangka kerana program berkenaan dilaksanakan dengan pematuhan SOP.

Iklan
Iklan

"Saya akur, Menteri Kesihatan sudah mengarahkan mengeluarkan kompaun. Program MIC hari ini (Ahad) bertujuan meningkatkan keyakinan pengundi kepada BN, bukan untuk langgar SOP," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Briged MIC Johor di Stadium Tertutup Educity di sini pada Ahad.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapan Twitternya pada Ahad, mengarahkan pegawai kementeriannya mengeluarkan kompaunn terhadap tiga pimpinan Barisan Nasional (BN) yang hadir ke pelancaran Briged MIC Johor pada Ahad kerana melanggar prosedur standard operasi (SOP).

Iklan

Jelasnya, kompaun itu akan dikenakan terhadap Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Majlis Pelancaran Briged MIC Negeri Johor diadakan di Stadium Tertutup Educity, Iskandar Puteri kira-kira jam 5 petang dan berakhir dua jam kemudian.

Iklan

Kira-kira 3,000 ahli MIC hadir pada program berkenaan yang dirasmikan Ketua Penyelaras PRN Johor, Datuk Hasni Mohammad.