PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp nyata lega selepas pasukannya berjaya mengelak keciciran mata apabila meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Burnley, di Turf Moor malam tadi.
Menurut Klopp, dia gembira dengan prestasi yang dipersembahkan anak buahnya pada perlawanan tersebut.
Iklan
Iklan
"Ia hari yang sempurna buat kami, ditambah dengan suasana hujan dan berangin. Kami berjaya menjaringkan gol daripada gerakan set-piece dan sejujurnya ia merupakan jaringan yang bijak.
"Kami hampir keciciran mata pada perlawanan ini kerana mereka (Burnley) mempunyai kualiti tetapi kami dapat menanganinya dengan agak baik.
"Kami perlu berusaha lebih gigih dan itulah yang pemain kami lakukan.Saya amat gembira kerana saya tahu betapa sukarnya untuk bermain di sini," katanya.
Pada perlawanan tersebut, Fabinho menjadi wira The Reds apabila berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan pada akhir babak pertama untuk menghadiahkan Liverpool kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan liga.
Untuk rekod, Liverpool kini sembilan mata di belakang City dan bermain kurang satu perlawanan berbanding pendahulu liga kendalian Pep Guardiola itu.