Gagal sempurnakan peluang bikin West Ham gigit jari

Iklan
Pemain West Ham, Craig Dawson melonjak tinggi bagi menanduk masuk gol kedua yang juga gol penyamaan pada masa kecederaan - Foto Getty Images

PENGENDALI West Ham, David Moyes menyifatkan kegagalan menyempurnakan peluang selain beraksi di bawah tahap sebenar dilihat menjadi faktor utama The Hammers terikat 2-2 ketika berdepan Leicester City di Stadium Kings, pada Isnin.

Menurut Moyes, biarpun mendahului 1-0 pada awal perlawanan namun Leicester City berjaya bangkit bagi meledak dua gol sebelum jaringan penyamaan pada masa kecederaan memastikan The Hammers pulang membawa pulang satu mata.

Iklan
Iklan

"Kita menguasai perlawanan ini tetapi setelah menjaringkan gol pendahuluan, kita gagal meneruskan penguasaan berkenaan dan membiarkan lawan bermaharajalela.

"Malah, mereka (Leicester) berjaya memanfaatkan kelalaian kita dengan menjaringkan dua gol bagi mendahului kita.

Iklan

"Mujurlah pemain dilihat berjaya mengekalkan fokus bagi mengekang asakan tuan rumah sebelum menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Jarrod Bowen menjaringkan gol pada minit ke-10 sebelum Hyouri Tielemans menyamakan kedudukan apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-45 diikuti jaringan Ricardo Domingos Barbosa Pereira pada minit ke-57.

Iklan

Ketinggalan 1-2 bagaimanapun dilihat tidak melemahkan semangat kesebelasan The Hammers yang dilihat mula bangkit mengasak ke gawang tuan rumah dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Craig Dawson pada masa kecederaan.

Sementara itu pemain West Ham, Declan Rice menyifatkan sikap tidak mudah menyerah kalah dilihat menjadi faktor yang membantu The Hammers terikat 1-1 ketika berdepan Leicester City.

"Semua pemain telah mempamerkan aksi bertenaga di sepanjang perlawanan dan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.

"Apa pun, keputusan ini cukup bermakna kerana ia memastikan peluang kita untuk berada pada kedudukan yang lebih baik kali ini,” katanya.