Potter mahu Brighton teruskan momentum kemenangan

Iklan
Potte - Foto PA Images

PENGENDALI Brighton, Graham Potter mahu kesebelasan The Seagulls itu meneruskan momentum kemenangan ketika berdepan Manchester United di Old Trafford pada Rabu.

Menurut Potter, skuad kendaliannya itu yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas Watford pada Sabtu diharap mampu merealisasikan misi kemenangan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kemenangan 2-0 ketika berkunjung ke Watford Sabtu lalu cukup menggembirakan saya dan berharap momentum kemenangan itu dapat diteruskan ketika berdepan Manchester United.

"Saya yakin, pemain-pemain juga tidak mahu melepaskan peluang untuk terus mencatatkan kemenangan, apatah lagi ketika berdepan United,” katanya.

Iklan

Untuk rekod Brighton ini berada pada kedudukan kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 33 mata setelah mengharungi 23 perlawanan berbanding United di tempat kelima dengan 40 mata setelah mengharungi 24 perlawanan.

Mengulas lanjut, Potter berkata, dia berkemungkinan menurunkan kesebelasan sama ketika berdepan Warford bagi perlawanan berkenaan.

Iklan

Katanya, setakat ini tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kalangan pemain dan dijangka skuad The Seagulls itu dapat menurunkan kesebelasan terbaik kali ini.

"Untuk perlawanan dengan United, saya berharap dapat menurunkan kesebelasan terbaik kerana setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai kecederaan pemain.

"Apa pun, diharapkan semua pemain bersedia secukupnya bagi merealisasikan misi kemenangan ke atas United,” katanya.