MATRADE, MEDAC, SME Bank bantu pulihkan PKS pasca pendemik

Iklan
MATRADE

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) serta SME Bank untuk membantu memulihkan perniagaan 11 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia pasca pandemik.

MATRADE dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, syarikat itu terdiri daripada pelbagai sektor dalam Misi Peningkatan Eksport (Export Acceleration Mission) ke Ekspo Dunia 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Iklan
Iklan

Matlamat misi berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada mereka mengembangkan kehadiran jenama masing-masing dalam pasaran selain menjalinkan perkongsian perniagaan dengan UAE dan negara-negara jirannya.

Bagi tahun ini, MATRADE akan terus mewujudkan dan memanfaatkan kerjasama strategik dengan pelbagai kementerian, agensi, kedutaan asing dan persatuan industri perdagangan dalam melaksanakan program berkaitan eksport untuk menghasilkan lebih banyak peluang kepada komuniti perniagaan.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, kerjasama strategik itu menandakan pentingnya sinergi dalam ekosistem perdagangan dalam mengukuhkan daya saing perdagangan Malaysia seperti yang disyorkan oleh Rangka Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp).

"MATRADE telah menggariskan sejumlah 286 program promosi eksport dan pembangunan pengeksport tahun ini bagi syarikat Malaysia untuk menghadapi permintaan pasaran serta mengembangkan jejak global mereka.

Iklan

"Oleh itu, adalah penting untuk semua pihak bekerjasama bagi memastikan program-program itu menghasilkan kesan berimpak tinggi dan akhirnya mampu melonjakkan eksport ke trajektori pertumbuhan," tambahnya. - Bernama