Pelajar tunggang motosikal tanpa lesen disaman

Iklan
Operasi yang dijalankan bermula 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi menerusi Op Didik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sepang di sini pada Isnin.

SEPANG - Menunggang motosikal ke sekolah biarpun tidak mempunyai lesen memandu yang sah, itu antara kesalahan yang dikesan menerusi operasi penguatkuasaan trafik di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sepang di sini pada Isnin.

Operasi dikenali sebagai Op Didik dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik Daerah Sepang itu dijalankan bermula jam 6.30 pagi sehingga 8.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, seramai 12 pelajar, 10 buah motosikal telah diperiksa dan lima saman dikeluarkan semasa operasi dijalankan.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, no plat 'fancy', tidak pamer 'P' dan kesalahan ekzos," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Iklan

Menurut beliau, Op Didik itu dijalankan untuk memberi advokasi serta kesedaran berkaitan peraturan jalan raya kepada para pelajar.

"Operasi ini bertujuan memberi kesedaran dan mendidik pelajar serta ibu bapa tentang kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

Iklan

"Ibu bapa perlu memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab memastikan keselamatan anak-anak yang menggunakan kenderaan ke sekolah," katanya.