Monsun Timur Laut

Iklan
Pemandangan awan gelap memenuhi ruang udara berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu berikutan fasa akhir Monsun Timur Laut semasa tinjauan hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Timur sehingga 1

tengah hari ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil. - Foto Bernama.