Tayar tersangkut pada buaya akan dipamer di muzium

Iklan
Tili mengangkat tayar motosikal yang ditanggalkan pada leher seekor buaya di Palu, Indonesia. - Agensi

PALU - Tayar motosikal yang tersekat pada badan seekor buaya sejak 2016 dan berjaya dikeluarkan seorang lelaki baru-baru ini akan diletakkan di sebuah muzium untuk memperingati peristiwa bersejarah tersebut.

Datuk Bandar Palu, Hadianto Rasyid berkata, tayar berkenaan akan disimpan dalam kotak kaca dan dipamerkan di muzium untuk tontonan orang ramai.

Iklan
Iklan

Selain itu, Hadianto juga merancang untuk membangunkan satu patung berserta kalungan tayar bagi memperingati peristiwa tersebut.

"Kita akan meletakkan kalungan tayar itu dalam muzium selepas Palu Plaza siap dibina dan terima kasih saya ucapkan kepada Tili kerana berusaha mengeluarkan tayar tersebut daripada buaya itu,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Tili berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk membantu buaya tersebut dan turut bersyukur kerana usahanya itu diberi penghargaan.

"Terima kasih kepada semua pihak atas penghargaan ini. Apa yang penting, buaya itu sudah bebas dan diharap kejadian ini tidak akan berulang lagi," katanya.

Iklan

Tayar motosikal terbabit dilaporkan tersekat pada badan reptilia tersebut sejak 2016 dan sejak itu ia diberi jolokan ‘buaya berkalung tayar’. - Agensi