Jangan gentar lawan Jepun, India

Iklan
Kisona akan mengetuai misi skuad wanita negara pada BATC 2022 yang bermula Selasa.

KEJOHANAN Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 bakal menjadi platform buat S Kisona membuktikan dia telah kembali pada tahap terbaiknya sebagai perseorangan wanita utama negara.

Setelah menampilkan prestasi tidak konsisten tahun lalu, Kisona berpeluang menebus segala kekurangan itu di pentas BATC 2022 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.

Iklan
Iklan

Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann berkata, Kisona sejak kebelakangan ini menunjukkan kemajuan untuk kembali pada prestasinya.

"Kami mencari jalan untuk meningkatkan keadaan fizikalnya dan dia (Kisona) akhir-akhir ini agak bagus. Dia juga semakin pulih dan dari segi prestasi latihan atas gelanggang juga sangat stabil.

Iklan

"Jadi, untuk melihat hasilnya, sama ada usaha itu akan membuahkan mata kemenaTngan, kami perlu mengujinya pada BATC.

"Ia adalah platform yang baik walaupun Jepun dan India menghantar pasukan kedua mereka. Namun mereka lawan yang kuat, jadi kami mahu memanfaatkan peluang itu,” katanya.

Iklan

Selain Kisona yang berada pada kedudukan ke-64 dunia, pemain perseorangan lain yang mewakili negara adalah Eoon Qi Xuan (126), Siti Nurshuhaini Azman (309), Myisha Mohd Khairul (369) dan Tan Zhing Yi (1,484).

Diundi dalam Kumpulan Y, skuad wanita negara akan memulakan kempen menentang India pada Selasa sebelum bertemu Jepun sehari kemudian.

Tanpa penyertaan bekas juara dunia, PV Sindhu dan bekas pemain nombor satu dunia, Saina Nehwal (25), harapan India diletakkan kepada Aakarshi Kashyap (56), Malvika Bansod (61) dan Ashmita Chaliha (62).

Sementara itu, skuad wanita Jepun yang merehatkan enam pemain terbaik mereka, akan diwakili Natsuki Nidaira (72) dan Riko Gunji (181).

Dalam pada itu, pemain beregu utama negara, Pearly Tan mengingatkan rakan-rakan sepasukannya untuk tidak mengambil mudah cabaran kali ini, meskipun Jepun dan India tidak menghantar pasukan terbaik mereka.

"Sasaran kami ialah untuk layak ke Piala Uber. Kami perlu mesti saling menyokong, memberi semangat dan saling membantu supaya motivasi kami sentiasa tinggi.

"Sebagai beregu pertama, saya dan M Thinaah akan fokus pada strategi kami sendiri tanpa mengira siapa lawan. Setiap perlawanan penting, kami harap dapat menyumbang mata,” ujarnya.