Ah Keong menjadikan kepala ayam sebagai umpan untuk menangkap ketam di laut berhampiran Jambatan Pulau Pinang, beliau akan mengikatkan kepala ayam pada jaring tangkap ketam sebelum jaring itu dicampakkan ke dalam laut.
Tambahnya, beliau menggunakan kepala ayam sebagai umpan kerana ketam 'tertarik' pada (umpan) tersebut."Saya tunggu selama satu jam sebelum jaring tersebut akan ditarik, kadang-kadang ada ketam sangkut, kadang-kadang tak ada," kata Ah Keong yang bekerja sebagai kelindan lori itu. Beliau yang bekerja sebagai kelindan lori menjadikan pekerjaan menangkap ketam sebagai hobi ketika masa lapang. - Foto Bernama