'Dua beradik itu cukup makan, badan pun sihat' - Penduduk

Iklan
Dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di kampung berkenaan semalam. - Gambar/ Astro AWANI

LANGKAWI - Faktor kemiskinan dikatakan bukan punca dua kanak-kanak warga Myanmar yang maut pada Ahad memakan sisa makanan daripada tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut di sini.

Peniaga kedai makan berhampiran kawasan itu, yang mahu dikenali sebagai Paksu Kassim mendakwa, kedua-dua kanak-kanak itu tidak menghadapi masalah mendapatkan makanan.

Iklan
Iklan

"Ayah mereka kerja sebagai pengawal keselamatan dan tukang memperbaiki bot.. dia juga tangkap ketam... kadang-kadang dia tinggal anak-anak di rumah jiran-jiran untuk jaga.

"Dapat hasil tu dia bagilah anak-anak dia makan... tapi kita (penduduk kampung) pun kesian juga kita pun tolong. Kita bagi sumbangan yang kita mampu.

Iklan

"Kadang-kadang saya bagi beras, bagi susu, sini saya berniaga roti canai... kadang saya kuih-kuih, roti canai. Orang lain pun ada bagi makan... sampai budak tu pun tak larat makan. Mereka cukup makan badan pun sihat," dakwanya ketika ditemui Astro AWANI di kawasan itu hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, dua beradik warga Myanmar maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di kampung berkenaan semalam.

Iklan

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis menerima laporan berhubung kematian dua kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, kira-kira 6.15 petang.

"Siasatan awal mendapati, pada 5.30 petang bapa mangsa yang berumur 36 tahun ternampak dua anaknya berada di kawasan tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum mengangkat kedua-dua mangsa ke rumah jiran berdekatan," katanya.

Sementara itu, hari ini, Shariman dilapor berkata, lelaki terbabit ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut. - Awani