Mampukah pengaruh Maszlee berpihak kepada PKR, PH?

Iklan
Maszlee

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin menamakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara langsung di Facebooknya.

Iklan
Iklan

Persoalannya, adakah pengaruh Maszlee yang merupakan bekas Menteri Pendidikan mampu untuk menarik pengundi-pengundi di negeri Johor untuk mengundi PKR dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti?

Jika dilihat nama-nama yang diumumkan Anwar setakat ini untuk bertanding mewakili PKR dalam PRN Johor, hanya Maszlee merupakan calon yang dikenali ramai.

Iklan

Katanya, Maszlee diangkat sebagai calon bagi membantu negeri Johor dengan pengalamannya yang ada sebelum ini.

Ayat-ayat yang dituturkan Anwar ini juga memberi bayangan bahawa berkemungkinan Maszlee merupakan calon utama PH untuk menjadi Menteri Besar Johor.

Iklan

Memang tidak dinafikan bahawa dengan pengalaman yang ada pada Maszlee, beliau mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan itu.

Maszlee juga sebelum ini pernah digembar-gemburkan sebagai bakal Menteri Besar Johor tetapi beliau menganggap perkara itu terlalu awal untuk diperkatakan.

"Terlalu awal untuk bicara isu Menteri Besar. Fokus untuk memenangi PRN dahulu. Pelantikan Menteri Besar adalah kuasa mutlak Tuanku Sultan (Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar),” tulisnya ringkas dalam laman sosial Twitter rasmi miliknya baru-baru ini.

Dalam pada itu, yang turut menjadi persoalan dalam PRN Johor pada kali ini adalah sebanyak mana bilangan kerusi yang boleh dimenangi oleh PKR dan PH nanti.

Ini kerana semasa PRN Melaka sebelum ini, PH hanya memenangi lima daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Selain daripada itu, semasa PRN Sarawak juga, gabungan itu mengalami kekalahan teruk di mana Parti Amanah Negara (Amanah) dan PKR tewas di semua kerusi yang ditandingi.