Thinaah positif Covid-19

Iklan
Thinaah disahkan positif Covid-19 beberapa jam sebelum perlawanan pembuka tirai kumpulan Y BATC 2022.

PASUKAN badminton wanita negara menerima tamparan hebat menjelang aksi pembuka tirai kumpulan Y Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 selepas pemain beregu utama, M Thinaah disahkan positif Covid-19.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook turut memaklumkan pemain berusia 24 tahun itu tidak mengalami sebarang gejala.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, Thinaah perlu menjalani kuarantin seperti mana yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan penganjur, kontak rapat kepada Thinaah iaitu Pearly Tan wajib menjalani ujian RT-PCR. Bagaimanapun, keputusan ujian yang dilakukan adalah negatif.

Iklan

"Persatuan mendoakan agar Thinaah segera pulih," kata kenyataan itu.

Ketiadaan Thinaah menyaksikan Pearly digandingkan dengan pemain muda, Valeree Siow bagi menggalas tugas sebagai beregu nombor satu negara.

Iklan