SHAH ALAM - Jumlah tabung khas #Sinar4NZMartyrs sehingga jam 5 petang semalam, berjaya mengumpul RM64,775.78 dengan jumlah 716 transaksi sejak tabung itu dibuka.
Orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd: 5642 7652 9068.
Iklan
Iklan
Ternyata bantuan murni ini demi menyokong usaha dilakukan Sinar Harian bagi membantu mangsa tragedi keganasan di New Zealand yang menyebabkan 50 jemaah solat Jumaat meninggal dunia setakat semalam.
Tabung khas #Sinar4NZMartyrs ini dibuka untuk membantu keluarga mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.
Kutipan itu terbahagi kepada tiga fokus utama iaitu mangsa yang meninggal dunia, mangsa yang cedera serta membantu membaik pulih masjid yang terjejas dalam tragedi yang menggemparkan dunia itu.