Gaji minimum perlu diangkat sebagai isu strategik negara

Iklan
Raduan

SHAH ALAM - Sudah sampai masanya kerajaan mengangkat gaji minimum sebagai isu strategik negara yang perlu dikupas secara lebih terperinci dan melibatkan pelbagai sudut, kata Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.

Malah beliau juga mengakui bahawa penetapan kadar gaji minimum pada nilai sekitar RM1,500 sebulan yang diumumkan kerajaan sebelum ini mendapat reaksi pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebagai sebuah negara, Malaysia juga ingin menyertai kebanyakan negara lain di mana ketika ini lebih kurang 150 negara di dunia telah mengamalkan gaji minimum ini.

"Kita juga tubuhkan Majlis Perundingan Gaji Negara yang telah diaktakan, ini satu perkara yang perlu dilihat kerana mereka yang akan bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada kerajaan berkaitan gaji minimum ini.

Iklan

"Inilah titik tolaknya, bagaimana kita melihat perkara ini dari pelbagai sudut. Konsep gaji minimum dalam konteks apa pun sebenarnya ia berkait rapat dengan kos sara hidup minimum untuk setiap institusi keluarga.

"Dalam konteks ini juga, sebagai sebuah negara yang beroperasi untuk menjadi negara maju, kita ingin menentukan kedudukan pekerja-pekerja kita berada pada paras standard yang mencapai tahap negara maju,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada program bual bicara Minda Profesor Negara bertajuk ‘Gaji Minimum di Malaysia: Apa Kesudahannya?’ yang disiar secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebenarnya kenaikan gaji minimum hanyalah salah satu isu sudut sahaja, sebaliknya isu utamanya adalah bagaimana hendak menggerakkan ekonomi Malaysia.

"Apa agenda ekonomi negara? Kita masih terperangkap dengan isu-isu yang tidak strategik dan dalam masa sama, kebanyakan industri pastinya akan menyalahkan kerajaan misalnya, tidak cukup pekerja dan hendak bawa masuk pekerja asing.

"Sekarang apabila buka sahaja sempadan, pasti berduyun-duyun pekerja asing akan masuk semula sedangkan perancangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) telah menetapkan berapa peratus pekerja asing yang perlu kita terima,” katanya.