BANDUNG - Sebuah mahkamah Indonesia pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang guru kerana merogol 13 pelajarnya dalam kes yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara selain mendapat perhatian khusus Presiden Joko Widodo.
Mahkamah daerah Bandung di Jawa Barat mendapati Herry Wirawan bersalah merogol 13 pelajar perempuan di yayasan sekolah pondok di Bandung.