Susu Kerbau Untuk Dieksport

Iklan
Stesen Ladang Kerbau Maragang di Lawas berpotensi menjadi salah satu sumber utama ekonomi di kawasan itu dan bertindak sebagai stesen pengeluaran baka kerbau pedaging bagi seluruh Sarawak.

Stesen tersebut juga menghasilkan pelbagai produk hiliran termasuk susu kerbau dan keju mozarella. Keju kerbau mendapat pasaran tinggi terutama di luar negara seperti Itali dan Jepun.

Susu kerbau dilaporkan lebih berkualiti dan mengandungi lemak baik serta meraih harga lebih tinggi berbanding susu lembu.

Kerajaan negeri melaksanakan program pembangunan usahawan kerbau yang diselia Jabatan Perkhidmatan Veterinar. - Foto Bernama.