Kesedar tetap bela nasib peserta PAKS Rantau Manis

Iklan
Kesedar

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) menyasarkan seramai 585 orang peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan (PAKS) di Gua Musang dapat keluar dari garis kemiskinan.

Pengurus Besar Kesedar, Dr Shahrir Mohammad Zakey berkata, agensi itu juga akan menyerahkan geran lot kediaman kepada semua pesertanya pada hujung tahun 2023.

Iklan
Iklan

"PAKS dirancang sebagai satu projek yang melibatkan perjanjian usahasama antara ECERDC dan Kesedar yang bermula pada 5 Disember 2011 sehingga 31 Disember tahun lalu.

"Dengan penamatan perjanjian tersebut, bekas peserta akan menerima gratuiti bernilai RM700 sebulan selama setahun sebagai tanda penghargaan penyertaan dalam projek tersebut sebagaimana yang dipersetujui oleh Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) walaupun tidak termasuk dalam mana-mana perjanjian sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini timbul isu melibatkan peserta PAKS yang dihimpit kebimbangan mengenai masa depan mereka selepas projek berkenaan didakwa diambil alih oleh pihak Kesedar.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, projek PAKS tersebut dilaksanakan di atas tanah milik Kesedar seluas 242.83 hektar yang telah dibangunkan merangkumi lot kediaman peserta dan kemudahan ameniti sosial.

Iklan

Beliau juga memberitahu, pada 6 Januari lalu, Kesedar telah mengeluarkan Surat Perakuan Milikan Kediaman PAKS kepada bekas peserta sebagaimana dinyatakan di dalam perjanjian yang ditandatangani oleh peserta semasa menyertai projek tersebut.

"Kesedar juga mengambil langkah proaktif dengan mengadakan Hari Kerjaya bersama syarikat-syarikat swasta di sekitar Gua Musang untuk membuka peluang pekerjaan baharu kepada bekas peserta.

"Antara yang terlibat ialah Kesedar Perkilangan Sdn Bhd (KPSB), Kesedar Dagang Sdn Bhd (KDSB), R&R Gua Musang dan Felda Plantation Management Sdn Bhd.

"Kita juga telah menganjurkan tiga siri Hari Kerjaya melibatkan pelbagai agensi yang telah diadakan pada 28 Disember lalu, 13 Januari dan 13 Februari tahun ini sebagai platform untuk menyediakan hampir 595 peluang pekerjaan kepada mereka,"katanya.

Dalam kenyataan yang sama, Shahrir juga memberitahu, Kesedar juga berharap tidak timbul lagi sebarang salah faham dalam kalangan bekas peserta dan mengambil peluang yang diberikan kerana hasrat badan itu adalah untuk kepentingan semua bekas peserta.

Malah katanya, Hari Kerjaya tersebut membuka peluang kepada mereka yang berusia 18 tahun sehingga 60 tahun untuk dipertimbangkan tawaran bekerja.

"Terdapat juga sebahagian bekas peserta telah mula bekerja di sektor ladang dan lain-lain sektor di sekitar Gua Musang.

"Kita juga berharap tidak timbul lagi isu penolakan oleh bekas peserta terhadap projek tersebut kerana Kesedar amat memahami kegelisahan bekas peserta yang tidak mahu menerima tawaran yang diberikan oleh Kesedar.

"Menurut perjanjian Kesedar-ECERDC dan Kesedar-peserta, pemberian hak milik rumah akan diberikan kepada bekas peserta. Manakala jaminan pekerjaan di ladang sawit tidak dinyatakan dalam mana-mana perjanjian,"katanya.