Warisan sah tanding PRN Johor

Iklan
Shafie (tengah) bergambar bersama hadirin yang hadir pada majlis berkenaan.

JOHOR BAHRU - Parti Warisan (Warisan) sah menjadi satu lagi parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai perkara selain mahu menonjolkan parti sebagai sebuah wadah yang menyatupadukan semua kaum.

Iklan
Iklan

"Kita tidak bertanding di Melaka dan di Sarawak, tetapi kali ini di Johor, Warisan membuat keputusan untuk bertanding, kerana kita mahu memberikan pilihan.

"Saya harap pilihan raya di Johor jangan fikir banyak, kita ada pilihan, pilihlah Warisan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Warisan Negeri Johor di Sutera Utama di sini, pada Selasa.

Iklan

Pada majlis sama, Shafie turut mengumumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh sebagai Pengerusi Warisan Negeri Johor.

Iklan