Azalia Cookies hasrat tingkatkan ejen

Iklan
Noor Azalia bersama sebahagian produk Azalia Cookies yang akan diagihkan kepada ejen di seluruh negeri utara dan Kuala Lumpur.

AZALIA Cookies menyasar untuk mempunyai ejen di seluruh negara pada tahun 2022 selepas enam tahun beroperasi menghasilkan kuih raya di Kampung Pengkalan Asam, dekat sini.

Pengurus Zafiya Maju Enterprise, Noor Azalia Md Isa@Abdullah, 37 berkata, bermula dengan modal permulaan menggunakan duit sendiri sebanyak RM5,000, dia membeli bahan-bahan mentah dan peralatan membuat kuih seperti oven dan juga mesin pengadun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jenama tersebut sudah menghasilkan sebanyak 15 jenis kuih raya malah sebanyak 3,000 bekas dapat dijual melalui lebih 80 ejennya di sekitar negeri utara dan Kuala Lumpur pada setiap bulan.

"Saya hanya bermula secara kecil-kecilan di rumah sahaja dengan dibantu oleh suami, Samson Anuar Abdullah, 43, dan tidak menyangka dapat berkembang dengan baik dan ada peniaga yang mahu menjadi ejen untuk menjual biskut raya.

Iklan

"Selepas itu kami bertekad untuk melebarkan sayap empayar perniagaan ini dengan pertambahan bilangan ejen dan bagi tahun 2022 kami letak sasaran untuk mempunyai ejen di seluruh negara dengan pengeluaran sehingga 5,000 bekas kuih raya sebulan,” katanya kepada Sinar Harian.Ibu kepada seorang cahaya mata berusia tiga tahun itu berkata, antara biskut raya yang dihasilkan ialah mazola kacang, tart nenas, tart cadbury, jejari oat, swisstart strawbery, swisstart nutella, samperit susu, samperit klasik, coklat chip cookies dan red velvet cookies.

Sebahagian produk Azalia Cookies yang semakin menjadi pilihan orang ramai.

Jelas Noor Azalia, seramai lapan pekerja membantu dia membuat biskut raya yang mana adunannya masih lagi diuruskan dan dihasilkan oleh dirinya sendiri supaya dapat mengekalkan rasa yang sama pada setiap kuih raya.

Iklan

"Bagaimanapun, saya tidak terlepas dengan beberapa cabaran untuk menghasilkan kuih raya ini, antaranya adalah kos bahan mentah yang mahal.

"Pada musim Covid-19 ini telah menyebabkan kenaikan harga yang mendadak terhadap berapa barangan utama untuk penghasilan kuih raya iaitu telur, mentega, tepung, balang kuih dan banyak lagi,” ujarnya.

Tambahnya, masalah lain yang dihadapi ialah kekurangan peralatan yang canggih untuk memudahkan proses pembuatan kuih raya bagi menjimatkan tempoh masa bekerja.

Biarpun Azalia Cookies berdepan pelbagai cabaran, namun perusahaan tersebut membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan wanita mendapatkan pendapatan sampingan dalam membantu keluarga masing-masing, ujarnya.