Rangnick bangga percaturan saat akhir menjadi

Iklan
Penyerang United, Cristiano Ronaldo melepasi kawalan pertahanan Brighton - Foto Getty Images

PENGENDALI interim Manchester United, Ralf Rangnick berbangga apabila percaturan saat akhir berjaya menghasilkan kemenangan buat The Red Devils itu ketika berdepan Brighton di Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Rabu.

Menurut Rangnick, percaturan yang terhasil 24 minit sebelum sepak mula itu ternyata cukup ‘menjadi’ apabila menyaksikan kesebelasan United mempamerkan aksi mengkagumkan di sepanjang perlawanan bagi menewaskan The Seagulls, 2-0.

Iklan
Iklan

Katanya, percaturan mengubah formasi kepada 4-2-3-1 dengan meletakkan Cristiano Ronaldo sebagai penyerang tunggal dilihat memberikan sedikit ‘kelainan’ dan sekali gus membantu kemenangan pasukan.

"Pada mulanya, kita mahu mengekalkan formasi 4-3-3, tetapi saya mengubah fikiran kerana sebelum ini kita memiliki Fred dan Pogba (Paul) dan malah, sebelum ini kita juga pernah menggunakan formasi 4-2-2-2 seperti berdepan Cystal Palace dan Norwich City.

Iklan

"Tetapi menjelang sepak mula, kita menyedari bahawa pemain seperti Bruno (Fernandes), Fred dan Pogba sebenarnya boleh beraksi pada tahap optimum dengan memanfaatkan segala kebolehan masing-masing sekiranya berada di tempat yang betul,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, United membuka jaringan menerusi Cristiano Ronaldo pada minit ke-51 sebelum Fernandes menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan bagi memastikan kemenangan ke-12 musim ini.

Iklan

Kemenangan iu sekali gus menyaksikan The Red Devils melonjak pada kedudukan keempat dengan 43 mata setelah mengharungi 25 perlawanan.

Sementara itu Rangnick berkata, formasi sedemikian mungkin akan terus digunakan pada perlawanan-perlawanan akan datang setelah ia terbukti berkesan bagi menghasilkan kemenangan pasukan.

"Formasi ini berkesan dan kita mungkin akan terus menggunakan percaturan seperti ini kerana kita dapati ada pemain yang boleh diharapkan untuk menggunakan jersi nombor lapan pasukan,” katanya.