Tercampak ke longkang sedalam 3 meter

Iklan
Pasukan menyelamat membawa naik mangsa menggunakan pengusung.

CHERAS - Seorang penunggang motosikal tercampak ke longkang sedalam tiga meter selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta pada Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 9.22 pagi melibatkan kemalangan motosikal jenis Yamaha R6 dengan Toyota Vios yang berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Jaya di sini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anggota bertugas bertindak melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sebelum membawa naik lelaki berkenaan menggunakan pengusung.

Keadaan motosikal mangsa selepas berlanggar dengan Toyota Vios pada Rabu.

"Mangsa berusia 33 tahun itu mengadu sakit di bahagian pinggul sebelum pasukan menyelamat memakaikan Kendrick Extrication Device (KED) ke atasnya.

Iklan

"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah berada di lokasi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Katanya, operasi menyelamat melibatkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah itu selesai pada jam 9.30 pagi.

Iklan