PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia memulakan perjalanan profesionalnya dengan langkah kanan apabila menyumbang mata pertama Malaysia setelah menjinakkan pemain Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Rabu.
Untuk rekod, Kean Yew yang berstatus ranking ke-12 dunia sebelum ini menang ke atas Zii Jia yang berada di ranking ketujuh dunia selepas pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar itu menarik diri selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan akhir Terbuka Hylo di Jerman, November lalu.