Ahmad Zikri dilepaskan, Fahmi Daniel kembali beraksi

Iklan
Aksi Ahmad Zikri dalam aksi persahabatan baru-baru ini. - Foto Facebook FAM

PELUANG pemain sayap Selangor FC 2, Fahmi Daniel Zaaim beraksi pada Kejuaraan AFF Bawah 23 tahun (B-23) kembali terbuka apabila pertahanan, Zikri Khalili terpaksa dilepaskan berikutan mengalami kecederaan lutut.

Pertukaran pemain berkenaan dibuat sebelum skuad B-23 negara menghantar senarai akhir kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFF) bagi pendaftaran pemain pada Ahad.

Iklan
Iklan

Perkara berkenaan disahkan pengendali Harimau Malaya B-23, Brad Maloney pada Rabu susulan kecederaan serius dialami pemain berusia 20 tahun itu ketika ini.

"Zikri telah mengalami kecederaan berkenaan selepas menjalani beberapa siri perlawanan persahabatan bersama Selangor FC.

Iklan

"Saya mahu memberikan beliau sebanyak mungkin peluang untuk pulih dan memulakan latihan bersama pasukan semula namun begitu kecederaannya itu tidak dapat pulih dalam jangka masa pendek.

"Justeru itu, kami telah menyenaraikan semula Fahmi yang masih menjalani yang kini menjalani proses isolasi di hotel bagi menggantikan kekosongan pemain di dalam pasukan" katanya.

Iklan

Bagaimanapun, menurut prosedur operasi standard (SOP) terbaharu yang dikeluarkan AFF, Fahmi Daniel serta pemain yang baru tiba ke Phnom Penh Ahad lalu, Shafi Aszwad Sapari perlu menjalani sesi kuarantin selama lima hari sebelum kedua-dua pemain dibenarkan untuk kembali bersama pasukan.