Kenderaan terjunam ditemui, pemandu masih hilang

Iklan
Kenderaan pacuan empat roda dinaiki pasangan suami isteri ditemui 10 meter dari lokasi kemalangan di Jambatan Tembila, Besut dan berjaya dinaikkan dengan bantuan kren, pada petang Rabu.

BESUT - Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terjunam ke dalam Sungai Keluang Besar dekat jambatan Tembila, disini telah dijumpai dan dinaikkan ke darat dengan bantuan kren pada petang Rabu.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Besut, Mohamad Jusoh berkata, kenderaan itu dijumpai di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter pada jam 5.15 petang dan berjaya dinaikkan jam 6.25 petang.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun berkata, hasil pemeriksaan mendapati jasad mangsa, Shukri Wahab, 52 tidak ditemui dalam kenderaan tersebut.

"Jarak kenderaan ketika ditemui dari lokasi kejadian di Jambatan Tembila dianggarkan kira-kira 10 meter," katanya ketika kepada pemberita pada Rabu.

Iklan

Menurut Mohamad, pasukan penyelamat akan meluaskan radius pencarian jika mangsa masih belum ditemui pada Khamis.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan menerusi teknik pencarian di permukaan.

Iklan

Pada Rabu, seorang peniaga dikhuatiri lemas selepas kenderaan Toyota Hilux dipandu bersama isterinya, Azizah Mohamad Yusof, 51, hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai dalam kejadian jam 6 pagi.

Pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari rumah mereka di Tawang, Bachok, Kelantan.

Isteri mangsa bagaimanapun dijumpai selamat selepas berpaut pada sebatang pokok di tebing sungai dan kini dirawat di Hospital Besut.