Tiada satu sen pun masuk poket sendiri: Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq - Foto Bernama

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dirinya dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) 'dibeli' oleh golongan ahli perniagaan kaya disebabkan sumbangan yang diterima.

Sebaliknya, beliau menegaskan semua sumbangan yang diterima pihaknya digunakan untuk membantu keluarga miskin di Muar termasuk mangsa-mangsa banjir.

Iklan
Iklan

"RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, RM2 juta untuk mangsa banjir. Semua ini datang daripada puluhan ribu rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berkuasa. Bukan 'tauke-tauke'.

"Saya dah post sebulan lepas, hari ini baru nak ungkit? Satu sen pun tak masuk poket untuk kegunaan sendiri

Iklan

"Kutip sumbangan RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, sudah disemak oleh syarikat audit Ernst & Young. Parlimen lain dah buat?

"Sumbangan RM2 Juta Misi Banjir MUDA, saya dah bentangkan," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.

Iklan

Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan sedutan video yang hanya berdurasi 10 saat untuk menabur fitnah.

"Yang ada jet mewah peribadi, rumah banglo besar, duit berjuta-juta tak ada pula nak buat video?

"Pelik bin Ajaib! Jangan tuding jari, cermin diri sendiri," katanya.